Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Import Baharu JDT RodrƃʒƂĀ­guez...

KUALA LUMPUR - Pemain import baharu Harimau Selatan, Patricio JuliƃʒƂĀ”n RodrƃʒƂĀ­guez tiba di...

Warga Emas, Kanak-Kanak Tak...

PUTRAJAYA - Warga emas dan kanak-kanak tidak digalakkan menonton perlawanan bola sepak di...

Gempar Harimau Terlepas Di...

PARIS - Seekor harimau yang terlepas dari sarkas mencetuskan kekecohan selepas dilihat merayau...

Perarakan Bergajah Di Istiadat...

KUALA LUMPUR - "Maka raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan...

Majlis Raikan Cinta Sukur, Wani Disambut Meriah

BENARLAH bagai dikatakan bahawa jodoh dan pertemuan itu sememangnya rahsia Allah SWT. Tiada siapa pun yang dapat menidakkan sesuatu perkara yang telah ditetapkan olehNya.

Begitulah juga kisah percintaan antara seorang lelaki kurang upaya sejak lahir, Mohd. Sukur Bin Ibrahim dengan pasangannya, Wan Nurul Syazwani Binti Wan Mohd Yen yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin.

Majlis perkahwinan di sebelah keluarga lelaki yang dilangsungkan pada tengah hari Sabtu disambut penuh meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan.

Baca: Wira Mynewshub – Cacat Bukan Penghalang Untuk Berjaya

kahwin

Saat-saat indah kedua pasangan ini ketika diarak menuju ke pelamin.
Saat-saat indah kedua pasangan ini ketika diarak menuju ke pelamin.

Pasangan dua sejoli yangƃā€šĆ‚Ā mengenakan persalinan berwarna merah ini bersanding pada jam 1 tengah hari tiba di pekarangan rumah di Sungai Udang, Melaka, dengan menaiki kereta mewah Mercedes Benz milikƃā€šĆ‚Ā Mohd. Sukur.

Merpati dua sejoli ini ketika bersanding di atas pelamin serba indah.
Merpati dua sejoli ini ketika bersanding di atas pelamin serba indah.

Turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan ini ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga merangkap Ahli Parlimen BN Tangga Batu, Melaka, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.


Dianggarkan lebih 1,000 tetamu datang ke majlis berkenaan termasuk tidak ketinggalan jemputan khas kepada pelbagai wakil media tempatan sendiri.

Mohd Sukur, 32, dan isterinya yang berusia 28 tahun itu selamat diijabkabulkan pada tanggal 11 Disember tahun lalu di Felda Selancar 2, Segamat, Johor.

Kisah perjalanan hidup Mohd. Sukur sebelum ini pernah disiarkan oleh Mynewshub pada 20 Disember 2015.

Semoga perkahwinan ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kurnia dariNya serta diharapkan jalinan ikatan suami isteri ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. – MYNEWSHUB.CC


Persandingan Sukur & Wani oleh mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori