Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Siapa Ketua Hakim Negara?

KUALA LUMPUR - Seorang hakim wanita antara tiga nama yang dihantar kepada Majlis...

BN JB Lapor Polis...

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor Bahru hari ini membuat laporan polis...

4 Askar, 2 Orang...

KAHERAH - Seorang wanita Mesir dan anaknya terbunuh dalam serangan bom kereta manakala...

“Saya Dijemput Untuk Jumpa...

BONGKAR... Setelah timbul pelbagai spekulasi liar mengenai isu pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir...

Malaysia Bimbang Perkembangan Di Timur Tengah

PUTRAJAYA – Malaysia melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan yang sedang berlaku di rantau Timur Tengah.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia turut mengutuk tindakan perusuh yang menyerang Kedutaan Besar dan Konsulat Arab Saudi di Tehran dan Mashhad.

“Sehubungan itu, Malaysia menggesa agar Iran mengambil segala langkah yang sesuai untuk melindungi premis perwakilan asing.

“Selaras dengan Konvensyen Vienna 1961 mengenai Hubungan Diplomatik serta tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap mereka yang melakukan serangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran selepas penunjuk perasaan memecah masuk kedutaan negara itu di Teheran.


Channel News Asia dipetik melaporkan, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, diplomat Iran diberikan tempoh 48 jam untuk keluar dari negara itu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori