Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hamilton Mula Petak Depan...

SEPANG - Pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton berkata, ini kali pertama dia...

MARPA Mahu Jadi Suara...

LANGKAWI - Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (Malaysian Radiation Protection Association atau MARPA) akan...

Tunaikan Janji Lama Sebelum...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengingatkan anggota barisan Kabinetnya...

Gelombang Biru Mampu Terus...

KUANTAN – Hampir semua kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang bakal menyaksikan pertandingan tiga...

Malaysia Kutuk Ujian Bom Hidrogen Korea Utara

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ujian bom hidrogen bawah tanah yang dilakukan oleh Republik Demokratik Rakyat Korea pada 6 Januari 2016.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ujian tersebut merupakan pencabulan yang jelas terhadap Resolusi-Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ia merupakan suatu bentuk penentangan yang serius kepada rejim pelucutan dan pengawalan senjata antarabangsa.

“Malaysia amat kesal dengan insiden terbaharu ini yang merupakan ancaman merbahaya kepada keamanan dan keselamatan di peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anifah berkata, tindakan itu turut menjejaskan usaha-usaha global ke arah mencapai matlamat sejagat mengenai pelucutan senjata secara lengkap dan menyeluruh.


Tambahnya, tindakan-tindakan Republik Demokratik Rakyat Korea sejak beberapa tahun kebelakangan ini hanya menyumbang kepada peningkatan ketegangan di peringkat serantau serta menjejaskan prospek keamanan yang berkekalan di Semenanjung Korea dan dunia secara amnya.

“Malaysia menggesa Republik Demokratik Rakyat Korea supaya menghentikan sebarang ujian lanjut dan mematuhi dengan sepenuhnya Resolusi-Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan dengan tujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan di peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori