Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bom Di Jakarta: Daesh...

KAHERAH - Militan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam insiden serangan di perhentian bas Jakarta,...

SOSMA Perlu Dipinda, Bukan...

SAYA dan rakan-rakan ada terbabit dengan satu penyelidikan yang berkaitan dengan isu keganasan. Beberapa...

Pekerja Tahu Tangga Bergerak...

CHINA – Insiden seorang wanita terkorban selepas terjatuh daripada tangga bergerak di sebuah...

BN Tetap Pilihan Terbaik...

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tetap menjadi pilihan terbaik bagi masyarakat India...

Mangsa Rentung Dalam Kebakaran Kereta Di Bau

BAU – Seorang individu yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemui rentung di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbakar di jalan menuju Kuari Tamar di Kampung Kopit, Jalan Bau-Batu Kitang dekat sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Nor Hisham Mohammad ketika dihubungi berkata sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau yang tiba di tempat kejadian pada 12.33 tengah hari menemui sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton berwarna putih terbakar 100 peratus.

Katanya, pasukan itu turut menemui seorang mangsa telah rentung di tempat letak kaki tempat duduk bahagian belakang berkenaan dalam keadaan terbaring.

Bagaimanapun, katanya identiti mangsa belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak polis.


Nor Hisham berkata hasil laporan awal pegawai penyiasat mendapati kenderaan berkenaan sengaja dibakar dan terdapat beberapa tompokan darah dijumpai di atas jalan raya berhampiran dengan kereta yang terbakar.

“Kes masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori