Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lans Koperal, 4 Rakan...

KUALA LUMPUR - Kes kehilangan dua kereta milik pegawai polis yang diparkir di...

Lelaki Miliki Kad Kuasa...

MELAKA - Polis Melaka memanggil seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pemilikan kad...

Tentera Darat Bertaraf Dunia...

KUALA LUMPUR - Tentera Darat negara kini mampu mendabik dada kerana keupayaannya diiktiraf...

Kes Dadah: Polis Tahan...

BUTTERWORTH - Polis menahan lapan remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan antara...

Serpihan Dijumpai Di Thailand Belum Sah Milik MH370

LANGKAWI – Masih tiada pengesahan bahawa serpihan yang disyaki milik sebuah pesawat yang ditemukan di pantai selatan Thailand adalah milik pesawat MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sehubungan itu, Liow berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman supaya menghubungi pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan.

BACA: MH370: Thailand Minta Pakar Penerbangan Periksa Serpihan

“Ketika ini ia hanya spekulasi kerana kita belum dapat apa-apa pengesahan daripada Thailand,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini Ahad.

Liow meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dalam hal membabitkan MH370 kerana ia hanya memberi tekanan kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Berdasarkan laporan berita, serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di pantai selatan Thailand.

Serpihan besar kepingan logam melengkung dikatakan terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, dan penduduk kampung telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pastinya.


Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu belum dijumpai walaupun selepas operasi mencari dijalankan secara menyeluruh di selatan Lautan Hindi iaitu lokasi penerbangan pesawat itu dipercayai berakhir selepas melencong dari laluan asal.

Pada 29 Jan tahun lepas, kerajaan secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 kemalangan dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori