TAWAU – Media berperanan penting membantu wakil rakyat menyampaikan segala isu berkaitan kepada rakyat, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.
Sehubungan itu katanya, adalah penting hubungan mesra yang erat dijalin dengan semua pengamal media dalam usaha mewujudkan kerjasama yang lebih berkesan bagi menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pengamal media yang berada di daerah ini yang sedikit sebanyak membantu saya dalam menyalurkan maklumat yang penting kepada rakyat khasnya di kawasan ini,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Yap yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata perjumpaan bersama pengamal media juga bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim tetapi juga dapat membantu menghasilkan lebih banyak idea yang boleh difikirkan untuk tujuan pembangunan kawasan yang lebih baik.
“Perjumpaan santai-santai seperti ini yang tidak formal akan dapat membuka lebih banyak perkara baik yang boleh terhasil kerana kita dapat saling berkomunikasi secara terus dan lebih mesra,”katanya. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]U5nv_gwc_Qs[/wpdevart_youtube]