Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Seorang Lelaki Ditemui Mati...

TUMPAT - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh berhampiran tali air di Kampung...

35 Awak-Awak Warga Asing...

KUALA SELANGOR - Jabatan Perikanan Selangor menahan 25 awak-awak warga Vietnam dan tujuh...

Jabatan Perhutanan Sabah Wujudkan...

KOTA KINABALU - Jabatan Perhutanan Sabah merancang untuk mewujudkan skuad rondaan khusus untuk...

Video: #TakeCare Letak Nilai...

WALAUPUN baharu lima hari sahaja dimuat naik di laman Youtube, iklan Merdeka 2016...

Media Mesti Bertanggungjawab, Elak Sebar Berita Yang Cetus Konflik

KUALA LUMPUR – Media arus perdana dan alternatif perlu bertanggungjawab dan mengelakkan daripada menyebar berita yang boleh mencetuskan konflik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata sikap itu penting kerana apa yang diterbitkan media boleh mempengaruhi orang ramai dan membentuk pendapat umum.

“Menyebar berita palsu atau yang diputar-belitkan mampu memberi kesan buruk selain mencetuskan konflik,” katanya dalam catatan terbarunya dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my hari ini.

Menurut Salleh baru-baru ini terdapat berita kurang tepat yang disiarkan sehingga hampir mengakibatkan negara berdepan konflik perkauman dan hanya dengan tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menghalang keadaan yang boleh mencetuskan pertumpahan darah.

Catatan Salleh itu adalah sebagai mengulas kenyataan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semalam yang menyatakan media adalah mekanisme penting yang mampu mempengaruhi hala tuju dunia.

Oleh itu, Salleh menggesa pengamal media menerima nasihat Sultan Perak dan memastikan media membantu membangunkan negara, bukan sebaliknya.


Beliau berkata peringatan Sultan Nazrin Shah itu adalah tepat pada masanya dan ia adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian oleh kedua-dua media arus perdana dan alternatif.

Malah ada sesetengah pihak yang menyatakan media alternatif sudah mengambil alih peranan media arus perdana, kata menteri itu.

“Ini adalah benar di kebanyakan negara di dunia di mana majoriti rakyatnya mendapat berita daripada media alternatif dan populariti media cetak merudum ke tahap terendah,” kata Salleh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori