MENYERAMKAN…rupanya ada laman web di mana orang ramai oleh mendermakan wang kepada kaum wanita untuk menjalankan pembedahan membesarkan payu dara secara percuma.
Sebagai pertukaran wanita terbabit perlu memuatnaik mesej, gambar dan video mengenai diri mereka.
Laman web myfreeimplants.com, itu beroperasi sejak 2005.
Tidak mengejutkan apabila Persatuan Doktor Bedah Plastik Aesthetic Britain menyifatkan laman web berkenaan sebagai tidak bermaruah dan menjatuhkan maruah wanita.
Bagaimanapun laman web itu kini berdepan halangan lebih besar, bukan sekadar reputasi yang menyeramkan.
Pakar bedah yang menjalankan pembedahan itu akan dikenakan tindakan tegas oleh Majlis Perubatan Am, kerana terlibat dalam pemasaran dan pembiayaan operasi.
Laman web itu turut menyarankan klinik tertentu untuk tujuan pembedahan meskipun doktor di klinik terbabit tidak mengetahui mengenainya.
Salah seorang pakar bedah yang tersenarai, Dr. Sultan Hassan berkata, beliau sendiri tidak menyedari mengenai perkara berkenaan dan tidak mahu terlibat dalam sebarang amalan yang tidak berintegriti. – MYNEWSHUB.CC