Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tilly, Si Comel Yang...

KESIAN si kucing comel yang bernama Tilly ini. Meskipun sudah 21 tahun dia...

Sembunyi Biawak, Kura-Kura Dalam...

BANGKOK - Seorang wanita warga Jepun ditahan dan didakwa cuba menyeludup kura-kura dan...

Anggota Bomba Cedera Kenderaan...

DUNGUN - Empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Al-Muktafi Billah Shah...

Kes Covid-19 Di Singapura...

SINGAPURA - Kes-kes jangkitan Covid-19 meningkat mendadak di Singapura sejak dua hari lalu...

Mohd Hashim Abdullah Dilantik Pengerusi SPR

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah dilantik sebagai pengerusi baharu badan itu berkuat kuasa Ahad ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata; Mohd. Hashim, 62, akan menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang tamat tempoh perkhidmatan setelah mencapai usia 66 tahun pada Sabtu ini, seperti termaktub dalam Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Mohd. Hashim mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan Tan Sri Abdul Aziz sebagai Pengerusi SPR selama tujuh tahun dalam melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Hashim yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Oktober 1954 memiliki Ijazah Sarjana Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Beliau memulakan kerjaya dalam kerajaan pada 2 April 1980 sebagai Pegawai Tadbir, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, serta pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau bersara wajib pada 31 Ogos, 2014 sebelum dilantik sebagai timbalan pengerusi SPR pada 5 September 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori