KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memuji bekas penyanyi nasyid yang kini menyanyikan lagu-lagu pop, Faizal Tahir.
Menurut beliau, Faizal Tahir yang pernah mencetuskan kontroversi kerana membuka baju sewaktu persembahan menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya.
“Saya ingin mengucapkan syabas kepada saudara Faizal Tahir yang berusaha menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya.
“Seni itu sepatutnya membangunkan kemanusiaan dan hidup yang berteraskan beradaban yang tinggi,†katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Faizal Tahir dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Anugerah Juara Lagu 2016 menerusi lagu bertajuk Assalamualaikum. – MYNEWSHUB.CC