Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lori Bomba Mini Ini...

KEBIASAANNYA, rekaan lazim sebuah jentera bomba ialah lori dengan enam tayar yang besar.Disebabkan...

Kadar Rt Covid-19 Tertinggi...

KUALA LUMPUR - Kelantan merekodkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (Rt) tertinggi...

Cuba Rasuah Sultan: Serah...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga 12 malam ini...

Kecewa Kena ‘Gangbang’ Pasangan...

SEORANG remaja di Sri Lanka cuba membunuh diri dengan meminum racun setelah mendapat...

Mufti Perlis Sindir Mufti Lain Lebih Sibukkan Isu Vape Dari Bauksit

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin menyelar mufti-mufti negeri lain kerana didakwa lebih mementingkan isu vape berbanding isu bauksit yang jauh lebih membahayakan nyawa umat.

Katanya, tokoh-tokoh agama terbabit berbual ‘sakan’ tentang isu vape yang kononnya membahayakan kesihatan orang ramai tetapi tidak memberi perhatian ke atas isu bauksit di Pahang.

“Bahaya bauksit ini lebih dari vape. Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape, tetapi mendiamkan diri dalam (isu bauksit) yang jauh lebih besar dan bahaya?

“Apakah pandangan agama hanya untuk rakyat bawahan sahaja, tetapi ‘sunyi’ segala dalil apabila membabitkan urusan atasan?” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Asri turut mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana sanggup menjemput semua mufti untuk bersidang mengenai isu vape sebelum ini.

“Semuanya dijemput datang dari negeri masing-masing. Maaf, saya tidak hadir,” tegasnya.


Beliau turut membayangkan mufti-mufti negeri lain bersikap demikian kerana mempunyai kepentingan tertentu dalam isu vape dan bauksit.

Justeru, beliau bimbang generasi Muslim yang cerdas berfikir mula salah faham terhadap Islam disebabkan sikap mufti-mufti dan tokoh agama di Malaysia.

“Islam itu akan indah jika ia melepasi batasan kepentingan ‘orang agama’ dan penguasa. Namun ia akan kelihatan tidak indah jika dikendalikan secara tidak seimbang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

  1. Neraka tu panas dan mengerikan wahai MAZA. Jangan burukkan org demi menonjolkan kebaikan diri. Itu perbuatan yg buruk.

    Hukum utk diri, utk org sangka baik. Takut lah dgn Allah.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori