Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Putrajaya Dijangka ‘Bertukar Tangan’...

SUNGAI BESAR – Pentadbiran Putrajaya dijangka ‘bertukar tangan’ daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Taiping Miliki Keistimewaan Anjur...

TAIPING - Taiping mempunyai pelbagai keistimewaan dan tempat menarik untuk penganjuran pelbagai program...

Burukkan Laporan PAC Mengenai...

KUALA LUMPUR - Tindakan Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua memburuk-burukkan...

Kes COVID-19 Malaysia Memuncak...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes COVID-19 di Malaysia dijangka mencapai puncak pertengahan April.Pertubuhan...

Muka, Badan Bertukar Merah Jambu Kerana Kosmetik

TINDAKAN seorang wanita yang tersalah guna produk kecantikan mengundang padah sehingga menyebabkan tubuh serta mukanya bertukar menjadi warna merah jambu selama tiga hari.

Abi Shenton menghantar kicauan menerusi Twitter kepada syarikat produk kecantikan Lushcosmetics untuk bertanyakan sebab badan serta tubunnya bertukar menjadi warna merah jambu selepas guna produk kecantikan.

“Hai @Lushcosmetics, adakah produk anda akan menyebabkan kulit bertukar menjadi warna merah jambu,’ kicaunya seperti yang dilaporkan beberapa media Britain baru-baru ini.

Terkejut dengan pertanyaan tersebut, syarikat komestik berkenaan meminta wanita itu menghubungi pusat khidmat nasihat Lush Comestic untuk bantuan khidmat nasihat.

Selepas diteliti, perkara tersebut terjadi disebabkan wanita berkenaan tersalah guna dan tidak membaca arahan penggunaan produk kosmetik tersebut.


Abi menjelaskan, dia tersalah faham tentang cara penggunaan produk yang dinamakan ‘Razzle Dazzle’ itu.

“Cara penggunaan produk berkenaan ialah dengan melarutkan ia ke dalam air, namun saya telah menyapu ke seluruh badan dan muka kerana menyangka cara penggunaannya adalah seperti sabun.

“Namun selepas tiga hari dan mandi, saya tidak lagi berwarna merah jambu,” katanya. – Metro.uk

[wpdevart_youtube]ucGIl0JI9yM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori