Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Latar Belakang Vokalis Caliph...

TERASA masih terngiang-ngiang nyanyian lagu Roman Cinta yang dibawa oleh Mojo featuring Caliph...

Video: Wanita Diheret Sampai...

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki bertatu di bahagian belakang dan...

Menyanyi Di Mydin Bukti...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia sanggup mengetepikan seketika nilai-nilai eksklusif...

Jangan Leka Bertemu JDT...

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mengingatkan pemainnya supaya tidak mengambil...

Najib Bertemu Masyarakat Malaysia Di Jeddah

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di Arab Saudi untuk lawatan kerja tiga hari, dijadual bertemu pelajar dan golongan profesional Malaysia di Jeddah dan Makkah hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam akaun Facebooknya hari ini berkata selepas pertemuan itu, Perdana Menteri turut dijadual menunaikan umrah selepas solat Maghrib malam ini.

“Perdana Menteri akan bertolak ke Madinah esok. Selain mengunjungi Masjid Nabawi, beliau juga akan menghadiri jamuan makan tengah hari bersama pelajar dan golongan profesional Malaysia di Holiday Villa Hotel Madinah,” katanya.

Ketika di Madinah, Perdana Menteri juga dijadualkan bertolak ke Knowledge Economic City dan Dar Al Madinah Urban and Built Heritage Museum.


Najib yang tiba di Jeddah semalam, disambut Gabenor Jeddah Putera Mish’al Abd Majid, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Zainol Rahim Zainuddin dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori