Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DBKL Kaji Wujudkan Peraturan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan polis untuk...

Mula Merancang Tunaikan Haji...

MAKKAH - Generasi muda Malaysia dinasihatkan mula merancang untuk menunaikan fardu haji seawal...

Ahli UMNO Perlu Tumpu...

SANDAKAN - Anggota Umno tidak perlu mempertikaikan isu rombakan kabinet yang dilakukan Perdana...

PAU 2023: Sajak Wan...

KUALA LUMPUR – Tanpa dapat berselindung dengan kesedihan selepas bekas ‘bos besar’ UMNO...

Najib Ingatkan Kabinet Belanja Peruntukan Secara Berhemah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota Kabinetnya supaya bijak dan berhemah dalam membelanjakan peruntukan kerajaan bagi memastikan ia betul-betul memberi manfaat kepada rakyat.

Najib dalam laman Facebooknya berkata peringatan itu disampaikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama bagi 2016 di Putrajaya semalam.

“Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pertama 2016 yang saya pengerusikan semalam, saya telah mengingatkan kepada Kabinet untuk membelanjakan peruntukan yang diberikan secara berhemah dan bijak,” katanya.

Beliau turut mengingatkan barisan Kabinet untuk memastikan program yang dijalankan memberi kesan positif kepada rakyat keseluruhannya.


“Walaupun demikian, program untuk rakyat perlu terus diadakan, dan pastikan program-program tersebut meninggalkan kesan positif kepada rakyat keseluruhannya, tanpa perlu perbelanjaan yang berlebih-lebihan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Bn6T3fWWNTw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori