Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anggota Tentera Maut Semasa...

KUANTAN - Niat seorang anggota tentera untuk membantu mangsa kemalangan di Kilometer 44...

Isteri Mark Adam Ditendang...

PETALING JAYA: Penyanyi Mark Adam meluahkan rasa sedih apabila isterinya Nor Azah Redzuan,...

UMNO Tidak Setuju SPR...

SEREMBAN - UMNO tidak bersetuju dengan cadangan pengambilalihan pendaftaran dan kawal selia parti...

Ekonomi P.Pinang Merundum Dikala...

Oleh: Lim Sian See Lim Guan Eng membuat kenyataan akhbar pada Sabtu mengatakan bahawa...

Najib Terima Kunjungan 11 Perwakilan Malaysia Ke Luar Negara

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat 11 ketua perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik, di pejabatnya di sini.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Ibrahim Abdullah, Mohd Zamruni Khalid (Vietnam), Chuah Teong Ban (Peru), Tajul Aman Mohamad (Romania), Norlin Othman (Sweden) dan Chitra Devi Ramiah (Timor Leste).

Sebelum dilantik ke jawatan itu, Ibrahim ialah Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Mohd Zamruni pula Timbalan Ketua Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia dan Chuah merupakan Duta Besar Malaysia ke Ukraine.

Tajul Aman pula sebelum ini ialah Duta Besar Malaysia ke Bangladesh, Norlin pula pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh dan Chitra Devi merupakan Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, India.


Turut melakukan kunjungan hormat ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Ghulam Jelani Khanizaman, Aminahtun A. Karim (Kanada), Nur Ashikin Mohd Taib (Bangladesh) dan Hishamuddin Ibrahim (Namibia).

Ghulam Jelani ialah seorang pesara kerajaan, Aminahtun (Timbalan Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri), Nur Ashikin (Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan) dan Hishamuddin (Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak).

Seorang lagi yang turut dilantik ialah Datuk Adeline Leong sebagai Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (MFTC) Taiwan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori