Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Johor Siasat Pusat...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan melaksanakan siasatan dan membuat penyelarasan terhadap pusat-pusat...

Inovasi ‘Smart Drain’ Mampu...

KULIM - Inovasi Smart Drain Dwi-Sistem Perparitan Eco-Green (Smart Drain) ciptaan Majlis Perbandaran...

Pelajar Perlu Panduan Kendali...

KUALA LUMPUR - Pihak sekolah dan kolej perlu menyediakan platform untuk pelajar mereka...

Flat Kos Rendah Diwajib...

PETALING JAYA - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan flat...

Pengendali Nasi Kandar Line Clear Diminta Kosongkan Kedai

PENGENDALI restoran popular Nasi Kandar Line Clear diberi tempoh tiga minggu untuk mengosongkan kedai di Jalan Penang, George Town, Pulau Pinang.

Keputusan dibuat berikutan kegagalan permohonan pengendalinya, Abdul Hamid Seeni Parkir, 67; di Mahkamah Tinggi di sini bagi membatalkan keputusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 2014.

main_ax_2101_P4a_40p_ax_1

Menurut Pesuruhjaya Kehakiman Collin Lawrence Sequerah, MBPP mempunyai budi bicara dan kuasa bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk memberikan lesen kepada peniaga berkenaan berdasarkan sistem penggiliran.

“Keputusan majlis itu adalah mengikut undang-undang, rasional dan sah,” ujar Collin.

Sementara itu, peguam Abdul Hamid iaitu M Kumar secara lisan memohon penangguhan sementara menunggu rayuan interim tetapi telah ditolak oleh mahkamah.

Sebelum ini dilaporkan, MBPP telah mengeluarkan lesen untuk operasi Line Clear atas nama Abdul Latiff tetapi Abdul Hamid memperoleh penggantungan pelaksanaan daripada Mahkamah Tinggi terhadap MBPP.


Restoran tersebut dilaporkan menghadapi masalah pelesenan disebabkan persengketaan keluarga.

Lesen restoran sepatutnya dikeluarkan setiap tahun kepada empat sepupu – Abdul Hamid, Abdul Latiff, Sahubarali China, dan Pathumah. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6IjEW8Gl9iY]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori