Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keterangan Pengasas Produk Kosmetik...

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah merakam keterangan seorang wanita yang juga pengasas...

Stor Kilang Sarung Tangan...

TAIPING - Stor sebuah kilang sarung tangan getah yang baru dibina dengan kos...

Seleweng RM107 Juta, Khairy...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan pegawai kementeriannya...

Klinik Desa Ditutup Kerana...

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengalami episod aneh yang berulang sejak 2007, sebuah klinik...

Nasib Malang Cikgu Melayu Di Sekolah Cina

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga… Begitulah nasib malang yang menimpa pendidik bernama Cikgu Salina ini.

Hanya gara-gara dirinya berbangsa Melayu, dia diperlakukan seperti peminta sedekah di sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina di Mersing, Johor.

Malah, aduannya mengenai seorang pelajar yang biadap memakinya tanpa sebab ketika sesi pembelajaran langsung tidak diendahkan oleh pihak sekolah.

Lebih mendukacitakan, dia turut dimalukan di bilik guru apabila diserang oleh bapa pelajar berkenaan yang bertindak membaling buku dan alatan belajar miliknya.

Menurut Cikgu Salina, dia berasa sangat sedih dan tidak puas hati berikutan pihak sekolah itu tidak mempertahankan dirinya selaku pendidik, lantas membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatannya.

12400690_751145088319410_8549219043658839325_n11181875_751144331652819_2305246243794087835_n


Apa yang mengejutkan kami, Cikgu Salina turut mendedahkan sebelum ini dia dan dua lagi guru Melayu pernah telah dihalau oleh guru besar sekolah berkenaan sendiri.

Ini berikutan, guru besar itu mendakwa masyarakat Cina sekolah tersebut tidak mahu guru Melayu bertugas di sana kerana konon kaum Melayu tidak pandai mengajar.

Alahai, jika benar apa yang didakwa oleh Cikgu Salina ini, diharap pihak Kementerian Pendidikan dapat menyiasat kes berbaur rasis ini hingga ke peringkat akar umbi.

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, isu sebegini sepatutnya tidak patut timbul kerana kita perlulah menghormati setiap kaum di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=FUUsk2UD81g]

2 KOMEN

  1. Mesti ingat Dlm Peta.kita fari Negara lain mengenal Malaysia sebagai..Semananjung Tanah Melayu…Tak ada pun Semananjung Satu Malaysia atau yg lainnya….

  2. Kementerian pendidikan sila Lah bertindak dgn segera kerana isu Rasis tidak patut ada di dlm sekolah,bela Lah nasib guru yg di perlakukan sebegini,sila ambik tindakan kpda guru besar yg tidak mempertahan kan guru2 yg berada di bawahan nya..

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori