Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kisah Adam, Bakal Paderi...

DAHULU lelaki ini bercita-cita ingin menjadi paderi lalu dia menjadi Altar Boy iaitu...

18 Ahli Kumpulan Kongsi...

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di...

4 Sekeluarga Ditahan, Heroin...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan empat sekeluarga dan merampas 109 botol mengandungi...

Cadang Pakaian Patuh Syariah...

KUALA LUMPUR ā€“ Kerajaan dicadangkan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di...

Negeri Sembilan Putuskan Status Vape Esok

SEREMBAN – Keputusan pengharaman mengenai penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di Negeri Sembilan akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) esok.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan berkata ia perlu dibincangkan secara teliti terlebih dahulu bagi mengelak sebarang perkara berbangkit selepas keputusan mengenainya dibuat.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSebarang keputusan mesti dibuat dalam sidang mesyuarat kerajaan negeri dan antara yang akan dibincangkan termasuk mengenai penjualan vape,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat dua perkara yang berbeza dalam isu vape iaitu penjualan dan penghisapannya yang Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa penggunaannya dalam kalangan orang Islam adalah haram.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œPendapat saya secara peribadi ialah Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan vape haram bagi orang Islam kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada penghisapnya maka orang Islam tidak boleh menghisap vape dan pendirian Majlis Fatwa Negeri juga selari dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.


“Tetapi ada juga penghisap vape yang bukan orang Islam, jadi saya berpendapat tidak perlulah pengharaman mengenai penjualannya,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Pada 21 Disember lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan penggunaan vape adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori