Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kabinet Lulus Penubuhan J/K...

PUTRAJAYA - Jemaah Menteri meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional...

Kit Siang Sakit Hati...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang bengang melihat Perdana Menteri, Datuk...

Saya Tak Campur Urusan...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan tidak pernah...

Bersatu Setuju Masuk Sabah,...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Proton Waja Terbakar, Warga Emas Nyaris Rentung

SHAH ALAM – Tindakan pantas orang ramai berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga emas daripada maut apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Seksyen U8, Bukit Jelutong, di sini awal hari ini.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, kereta Proton Waja yang dipandu oleh M. Palaniveloo, 61, terbabas di bahu jalan sebelum terbakar.

“Beliau bagaimanapun diselamatkan oleh orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian dan hanya mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Keretanya terbakar 100 peratus dan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mohd Sani berkata sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

Lelaki itu difahamkan memandu kereta secara bersendirian dari tempat kerja menuju ke rumahnya di Ladang Glenmarie di sini.


Mohd Sani berkata punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

3 Kereta Lamborghini Kemalangan Dan Terbakar Di Lebuhraya PLUS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori