Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Isteri Pemandu E-hailing,...

TAWAU: Bekas isteri kepada pemandu e-hailing yang ditemui mati dibunuh di Jalan Anjur...

APMM Kuching Bantu Kru...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuching hari ini melakukan pelayaran ihsan...

Polis Tahan Sepasang Suami...

SEREMBAN - Polis menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 33 dan 30 tahun...

Himpunan Mega Sokong RUU355...

SHAH ALAM - Satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur...

Pakar Sakit Puan Palsu Hadapi 28 Tuduhan Rogol

Melbourne – Seorang lelaki yang didakwa berpura-pura menjadi pakar sakit puan kini berdepan lebih 80 tuduhan termasuk 28 kes rogol selepas menawarkan perkhidmatan perubatan termasuk rawatan kesuburan selama lebih 10 tahun.

Raffaele Di Paolo, 59, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne kelmarin atas tuduhan bagi tempoh dari Julai 2004 hingga Mei tahun lalu, lapor Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Tuduhan merangkumi sejumlah wanita yang tidak diketahui, termasuk lapan kesalahan berlagak sebagai pengamal kesihatan sah, 28 tuduhan rogol dan 27 memperdaya seorang wanita mengambil bahagian dalam aksi penembusan seksual dengan mendakwa dirinya pengamal perubatan berdaftar.

Di Paolo yang dilahirkan di Itali, berdepan 21 lagi tuduhan memperoleh wang melalui penipuan dengan menerima bayaran dipercayai mencecah A$320,000 (RM957,000) bagi ‘rawatan perubatan.’

Dia juga menghadapi satu tuduhan melaksanakan ubat kesuburan seterusnya membahayakan kesihatan seorang ‘pesakitnya’ secara serius.

Pihak Berkuasa Penyelarasan Pengamal Kesihatan Australia (AHPRA) juga mengenakan lapan tuduhan terhadapnya.


Seorang ‘pesakit’ memberitahu akhbar Age dia menghabiskan lebih A$30,000 (RM90,000) untuk rawatan dengannya.

“Namun, ada perbuatannya yang tidak nampak profesional.

“Pernah dia menggunakan jarum besar untuk menyuntik apa didakwanya sperma suami ke perut saya. Entah apa sebenarnya dimasukkan ke badan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori