Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hanez Suraya Undang Kemarahan...

Hanez Suraya sekali lagi menjadi sasaran caci maki siber apabila pakaian dalam gambar...

Demonstrasi Jalanan, Kempen Tandatangan...

LIMBANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat agar tidak...

Video: Anak Nangis Kat...

GARA-GARA bising kerana menangis tanpa henti, seorang ibu tergamak menampar dan menekup mulut...

Sarawak Akan Terus Teguh...

MIRI - Sarawak akan terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

PAN Kata Syiah Jadi Mangsa Politik!

KUALA LUMPUR – Golongan Syiah menjadi mangsa kepentingan politik kerajaan Arab Saudi, dakwa Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Kata beliau, Syiah digambarkan sebagai musuh utama negara itu oleh kerajaan Arab Saudi untuk melindungi isu rasuah dan ‘good governance’ yang berlaku di negara Arab tersebut.

“Apa yang paling terbaru apabila harga minyak jatuh teruk dan Arab Saudi mengadakan perbelanjaan defisit negara yang besar, sentimen ancaman Syiah sekali lagi dibakar dengan penghukuman mati seorang tokoh Syiah terkenal.

“Sekali lagi isu tempatan seperti ekonomi, rasuah dan ‘good governance’ di tenggelamkan. Rakyat minoriti Syiah dan musuh luar Syiah menjadi tumpuan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kamarul menuduh kerajaan Malaysia turut menggunakan taktik sama seperti Arab Saudi dengan mewujudkan ancaman Kristian DAP ke atas umat Islam untuk menutup isu ‘good governance’ di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendakwa, agama digunakan sebagai senjata utama menakutkan rakyat supaya bersatu demi kepentingan kerajaan, UMNO dan PAS.


“Golongan minoriti menjadi sasaran utama bagi tujuan kuasa politik. Inilah sikap diskriminasi aneh,” dakwanya.

Justeru, beliau mempersoalkan Majlis Alumni Serantau Al-Azhar yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan memecah belahkan sesama Islam.

“Adakah pendekatan assabiyah dan pertentangan diantara Syiah dan Sunni yang diperkenalkan oleh Amerika dan Yahudi direstui semua yang hadir,” dakwanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori