Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Universiti Curtin Tawar Program...

KUALA LUMPUR - Universiti Curtin, universiti terbesar di Australia Barat, kini menawarkan program...

Wajarkah Sesi Sekolah Dilanjutkan...

KUALA LUMPUR - Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melanjutkan sesi persekolahan 2021 hingga...

Peserta Uji Bakat AF2016...

MEMANDANGKAN uji bakat Akademi Fantasi AF2016 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya Ahad lalu...

Matt Healy Pernah Lakukan...

PETALING JAYA ā€“ Penyanyi kumpulan The 1975, Matt Healy pernah melakukan aksi tidak...

Paras Air Di Empangan Gemencheh Di Bawah Paras Kritikal

SEREMBAN – Paras air di empangan Gemencheh, Tampin berada di bawah paras kritikal 94.75 meter, kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail.

Beliau berkata bagaimanapun, bacaan tersebut masih mampu bertahan untuk lebih 100 hari berikutan Sains telah mengurangkan pengeluaran dari Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh bagi menstabilkan paras empangan.

Selain itu, katanya Sains turut membuat pengalihan agihan bagi sebahagian kawasan di Rembau yang mendapat bekalan dari LRA Gemencheh melalui bekalan dari LRA Sawah Raja.

“Dijangkakan projek ‘back pumping’ dari Sungai Jelai akan siap pada bulan Mac 2016 bagi menangani kekurangan air di empangan Gemencheh,” katanya di sini hari ini.

Selain empangan Gemencheh, Negeri Sembilan turut mempunyai enam lagi empangan iaitu empangan Sungai Terip di sini, empangan Sungai Beringin dan empangan Ulu Sepri di Rembau, empangan Kelinchi dan empangan Talang di Kuala Pilah serta empangan Triang di Jelebu.


Paras air di enam empangan tersebut berada pada paras normal, katanya.

Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca panas yang melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ini berikutan fenomena El Nino.

Keadaan itu mengakibatkan kebanyakan kawasan mengalami kekurangan hujan di antara 20 hingga 60 peratus dan cuaca menjadi panas dan kering dengan meningkatan paras suhu udara sebanyak 0.5 ke 2.0 darjah Celsius. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]TrW3N94MCn8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori