Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

NASA Lakar Sejarah Terbang...

WASHINGTON: Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah semalam apabila menjadi kapal angkasa...

Pasir Gudang Masih Tenat?

1. PEJAM celik, tragedi pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sudah berlalu...

Mohd Sharim Janji Beri...

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zin yang memenangi Pilihan...

Kelantan Bubar DUN Serentak...

KOTA BHARU - Kelantan akan turut serta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak...

Parti Amanah Hina Majlis Mengenang Tun Razak?

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa majlis bagi mengenang pemergian bapa kemerdekaan negara, Tun Razak Hussin Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien di ibu negara semalam cuma satu pentas orkestra.

Timbalan Presidennya yang juga bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, majlis sambutan 40 tahun pemergian Tun Razak itu diorkestrakan bagai gegak gempita di awan.

“(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak dan (isterinya) Rosmah Mansor cuba dikeramatkan wataknya dalam upacara penuh nostalgia ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Salahuddin bagaimanapun mengakui beliau perlu memperakui legasi yang sangat besar dan sumbangan besar kepada negara oleh Tun Razak.


Menurutnya, Tun Razak paling tidak pun telah memberi makna sebenarnya apa yang dikatakan pentadbiran yang berintegriti, ketelusan dalam urus tadbir negara dan hidup sederhana.

“Isteri beliau Toh Puan Rahah dapat memcerminkan intergriti Tun Razak yang rakyat Malaysia hingga ke hari ini dapat memberikan testimoni bagaimana pasangan ini hidup sekadar kemampuan gaji dan elaun yang mereka terima,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori