Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anggota UTK Bukit Aman...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan...

Hantar Anak Ke Asrama...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka pulang ke asrama...

2 Maut, 100 Pesakit,...

GEORGE TOWN – Hujan lebat yang melanda Pulau Pinang sejak semalam menyebabkan hampir...

Didakwa Kes Rompak Bersenjata...

SINGAPURA - Seorang lelaki warga Malaysia akhirnya berjaya didakwa di sebuah mahkamah Singapura...

PAS Punca DAP Dianggap Anti-Islam! – DAP

KUALA LUMPUR – DAP menyalahkan PAS sebagai punca parti itu dilabelkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam oleh majoriti masyarakat Melayu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, UMNO sentiasa menyerang DAP dalam isu berkenaan tetapi ia bertambah kuat apabila PAS melakukan serangan sama.

“Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati serangan UMNO-PAS telah berjaya mengisi sentimen anti-DAP dalam kalangan orang Melayu di kawasan luar bandar.

“Kajian mendapati selepas perpecahan Pakatan Rakyat pada bulan Jun 2015, kempen memburuk-burukkan DAP sebagai anti-Melayu menjadi lebih berkesan dengan UMNO dan PAS bekerja bersama-sama dalam kempen itu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Kit Siang berkata, semua pemimpin dan ahli DAP perlu bangkit untuk menangani perkara itu sebaik mungkin.

Beliau bagaimanapun mengingatkan UMNO dan PAS bahawa cuma 64 peratus daripada responden Melayu dalam kajian itu percaya DAP anti-Melayu dan Islam.


“Sebanyak 64 peratus bersetuju dengan kenyataan bahawa “DAP adalah sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam. Kira-kira 18 peratus tidak bersetuju manakala 19 peratus tidak pasti.

“Saya tertanya-tanya apakah keputusan kajian ke atas kaum Cina jika ditanya sama ada UMNO sebuah parti anti-Cina and anti-bukan Islam,” katanya.

Beliau bagaimanapun yakin golongan muda Melayu pada masa depan tidak akan lagi mengutamakan tentang kepentingan kaum sendiri kerana percaya setiap kaum adalah sama di Malaysia. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori