Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Apa Kes Ni, Pakcik...

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila video seorang awek bertudung mengamuk kerana...

Polis Turunkan Lebih 1,700...

IPOH - Polis Perak hari ini menurunkan 1,720 iklan pemberi pinjaman tanpa lesen...

Jangan Izin Pemain Muda...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Perak mahu Persatuan Bola Sepak...

Cadangan Laluan Khas Pejalan...

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri bercadang mewujudkan laluan khas pejalan kaki untuk menyeberangi...

Pasukan Kelantan Kini Bergelar PQP TRW

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa secara tidak rasmi mengesahkan pasukan Kelantan kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW).

Beliau berbuat demikian apabila menggunakan gelaran PQP TRW untuk pasukan Kelantan dalam satu kenyataan mengenai tawaran kepada bekas pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dramane Traore menyertai pasukan itu.

“Pasukan Kelantan dengan persetujuan jurulatih mengesahkan tawaran untuk mengikat penjaring terbanyak Liga Malaysia, Traore sebagai salah seorang penggempur pasukan PQP TRW 2016.

“Bagaimanapun tawaran ini tertakluk kepada beliau lulus ujian kesihatan dan kecergasan yang ketat minggu ini,” katanya menerusi akaun Facebook beliau.

Penukaran gelaran TRW kepada PQP TRW antara syarat yang ditetapkan oleh syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. untuk menaja pasukan Kelantan selama dua musim.


Annuar dalam pada itu berkata, Traore yang kini dalam perjalanan ke Kota Bharu telah bersetuju dengan semua terma tawaran keatasnya.

“Dua pemain (import) lagi akan diputuskan minggu depan termasuk (penyerang sensasi Thailand), Teerasil Dangda yang telah saya hubungi,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori