Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengarah Didakwa Terima...

SHAH ALAM - Seorang bekas pengarah sumber manusia sebuah syarikat swasta dihadapkan di...

Rakyat Sabah Perlu Pilih...

KENINGAU - Rakyat Sabah perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada hari mengundi 9...

Lebaran Bermakna Buat Peserta...

KUALA LUMPUR - Aidilfitri tahun ini membuka lebaran baharu untuk gelandangan yang menjadi...

Peringatan Semua Parti Politik...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam Pilihan...

Pekebun Sawit Mengaku Tak Bersalah Miliki Buku Fahaman Syiah

KLUANG – Seorang pekebun kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini atas tuduhan memiliki bahan penerbitan yang berkaitan ajaran Syiah, pada Disember 2014.

Hairudin Abdullah, 47, didakwa memiliki buku bertajuk ‘Kebangkitan As Syura dalam ucapan dan perutusan Imam Khomeini’ hasil karya Ayatullah Ruhullah Musamal Khomeini yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa memiliki buku itu di dalam sebuah kereta di depan sebuah restoran di Jalan 1/1, Taman Seri Impian, Kluang, pada pukul 6 pagi pada 3 Dis 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama dengan tidak mematuhi Perenggan 5 Sub IX Fatwa No 4031/2014 bertarikh 9/10/2014.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Hakim Syarie Syazwan Mohd Yusof membenarkan Hairudin diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin dan jika gagal membayar, akan ditahan sehingga dibicara pada 16 Mac tahun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syarie negeri Noorul Badariah Abdul Majid. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori