Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kementerian Nafi Soalan UPSR...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menafikan terdapat soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas...

Ramai Ibu Bapa Tak...

ALOR SETAR - Tahap kesedaran terhadap penggunaan kerusi keselamatan bayi dan tali pinggang...

Penduduk Di Indonesia Terjejas...

JAKARTA - Hampir lima juta penduduk di 11 provinsi di Indonesia kini menghadapi...

Lebih 11,000 Pengembara Lepasi...

SINGAPURA: Lebih 11,000 pengembara berjaya melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dalam tempoh...

Pekerja Binaan Maut Tertimbus Kren Tumbang

SEORANG pekerja binaan maut serta merta dalam insiden dihempap kren yang tumbang dalam tapak pembinaan di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kejadian 4.40 petang itu, mangsa, Li Yi Jia, 50, tertimbus dalam kren yang tumbang itu.

Menurut komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhammad Firdaus Khan, pihak berkuasa percaya mangsa dan dua rakan sekerjanya berada dalam kerangka besi yang dialihkan menggunakan kren tersebut.

“Bila kren itu tiba-tiba tumbang, mangsa dilaporkan terperangkap di antara kerangka besi dan tiang konkrit.

“Walau bagaimanapun, dua rakan sekerjanya bernasib baik apabila mereka hanya jatuh ke tanah dan mengalami kecederaan serius,” katanya memetik NST.


Pemandu kren juga dilaporkan mengalami kecederaan ringan berhubung insiden terbabit.

Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori