Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bahana Api Cemburu Suami...

MASYARAKAT baru-baru ini digemparkan dengan kes seorang lelaki yang juga merupakan kontraktor bertindak...

Bayi Perempuan Dibuang Di...

BALIK PULAU - Selepas 15 minit mendengar tangisan bayi, seorang lelaki bangun daripada...

Mangsa Banjir Di Sarawak,...

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sarawak...

Lelaki Cuba Terjun, Tikam...

Kota Bharu : Lelaki yang cuba terjun bangunan selepas dipercayai menikam isteri dan...

Pekerja Warga China Mati Terhidu Gas

BETONG (Sarawak) – Seorang mati dan seorang lagi cedera di belakang badan dan kepalanya dalam insiden kebocoran gas pengimpal di sebuah tongkang di muara Sungai Batang Saribas, dekat sini Jumaat malam.

Mangsa Su Wei Shang, yang juga warga China, meninggal dunia dipercayai akibat terhidu gas itu manakala pekerja yang cedera dikenali sebagai Fuad Sidek Irmawan yang berasal dari Indonesia.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Pusa berkata kedua-dua mangsa sudah dibawa naik ke atas dek tongkang oleh pekerja lain menggunakan tali sebaik bomba tiba di lokasi.

Menurutnya kedua-kedua mangsa yang berada dalam tongkang itu dikatakan tiba-tiba pitam dipercayai terhidu gas beracun kerana semasa kejadian kerja mengimpal sedang dilakukan di atas dek tongkang berkenaan.


Jurucakap itu berkata mangsa yang cedera dirawat di Klinik Kesihatan Pusa sebelum dihantar ke Hospital Betong untuk rawatan susulan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori