AKIBAT ghairah ingin merakamkan gambar yang cantik, seorang pelajar lelaki jurusan psikologi berusia 24 tahun maut di Hotel Four Season, New York, Amerika Syarikat.
Conner Cummings, dikatakan telah cuba memanjat bangunan berketinggian 52 tingkat hotel berkenaan bagaimanapun tergelincir dan terjatuh ke tingkat sembilan sehingga membawa kepada kematiannya.
Baca: Dua Remaja Maut Kerana Inginkan Gambar Selfie Menarik
Dalam pada masa sama, ketika kejadian, hujan dilaporkan turun dan menyebabkan lantai laluan menjadi sangat licin.
Ketika kejadian, dia bersama seorang rakannya yang berusia 18 tahun dalam misi untuk mengambil gambar bangunan pencakar langit di New York pada hari Rabu lepas.
Polis yang menyiasat kejadian tersebut mengesahkan mereka berdua bukanlah tetamu yang menginap di hotel tersebut.
Rakan mangsa yang tidak didedahkan identitinya yang  sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan pihak polis telah dibebaskan tanpa sebarang dakwaan ke atasnya.
Pihak hotel setakat ini tidak memberikan sebarang respons susulan daripada insiden ini. – MYNEWSHUBCC
Sumber: Sky News
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=c3p38X9WaLQ]