AKTOR Hollywood yang memegang watak Profesor Snape menerusi filem Harry Potter, Alan Rickman disahkan meninggal dunia pada Khamis.
Rickman menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 69 tahun akibat menghidap penyakit kanser.
Berita kematian pelakon British ini turut disahkan oleh keluarganya.
“Pelakon dan pengarah Alan Rickman meninggal dunia akibat kanser pada usia 69 tahun. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga.” ujar satu kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarganya.
Selain membintangi filem Harry Potter, Rickman turut membawa pelbagai watak ikonik dalam beberapa filem terkemuka seperti Die Hard, Robin Hood Prince of Thieves dan Love Actually.
Sementara itu, penulis novel terkenal, J.K. Rowling dilihat menzahirkan rasa sedihnya atas pemergian Rickman yang disifatkan sebagai aktor berbakat besar dan lelaki yang baik menerusi laman Twitter.
Pada tahun lalu, Rickman mendedahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Rima Horton pada 2012.
Rickman memulakan kariernya dalam dunia lakonan sebelum menamatkan pengajian dalam bidang perfileman. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=GorPPLfJ7s0]