BEKAS pelakon siri superhero Power Rangers, Ricardo Medina Jr. ditahan semula atas kesalahan membunuh rakan serumahnya, di California, Amerika Syarikat tahun lalu.
Ricardo yang melakonkan watak Red Power Ranger sebelum ini ditahan kerana disyaki membunuh Josh Sutter namun dibebaskan selepas dikatakan terpaksa membunuh demi mempertahankan dirinya.
Walau bagaimanapun, Medina kini telah ditahan semula oleh pihak polis Palmdale, California dengan tuduhan membunuh dengan niat..
Penahanan semula Ricardo adalah disebabkan penemuan bukti yang tidak sepadan dengan pengakuan suspek sebelum ini.
Jika disabitkan bersalah Ricardo bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 26 tahun. – MYNEWSHUB.CC