Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ustaz Kazim Tak Selesa...

ZAMAN ini golongan selebriti bukan sahaja terdiri daripada personaliti dalam industri hiburan, tetapi...

Ramadan Sepi Di Tanah...

RIYADH - Hampir dua bilion umat Islam termasuk di seluruh rantau Asia Barat...

Dadah: Kastam Syak Orang...

SEPANG - Penyeludup dadah melalui kiriman bungkusan mungkin menggunakan taktik baharu dalam kegiatan...

PPD & Pengurusan Sekolah...

KUALA NERANG - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu pejabat pelajaran daerah...

Pemandu Lori Mengaku Tak Bersalah Atas Tuduhan Pecah Amanah

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori sebuah syarikat penghantaran ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah terhadap barangan syarikat iaitu cip dan komponen elektrik bernilai hampir RM1 juta, awal bulan ini.

Mohd Fazri Zahari, 34, dituduh melakukan kesalahan itu ketika dalam perjalanan menghantar barangan terbabit ke Syarikat DHL Ekpress (M) Sdn Bhd., di Jalan Angkasa Mas 5, Kawasan Perindustrian Tebrau 2 di sini, pada pukul 2.45 petang, 1 Jan lepas.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Tan Chai Wei membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Jan ini untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Taufik Saberi dan tertuduh diwakili peguam Nor Shahid Abd Malik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wja3-guwBm0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori