Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pengasuh Didakwa Cakar, Pukul...

Melaka: Seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh,...

Pelajar IPT Maut Terjatuh...

PADANG BESAR - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di sini maut selepas...

Mahathir Lahir Kebimbangan Rasuah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan kebimbangan...

Cristiano Ronaldo Labur Mewah...

LISBON - Bintang bola sepak sensasi Portugis, Cristiano Ronaldo mengembangkan lagi empayar perniagaannya...

Pembangkang Lain Pun Mahu Kerjasama Dengan UMNO! – PAS

KUALA LUMPUR – PAS menyelar beberapa parti pembangkang lain yang sangat marah dengan parti itu berhubung kerjasama PAS dengan UMNO.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, sikap pembangkang lain terbabit menjadikan politik Malaysia telah ibarat pentas maharaja lawak antarabangsa.

“Sehari dua ini beberapa parti pembangkang yang marah kepada PAS kerana PAS mahu bergabung dengan UMNO pula yang mengeluarkan kenyataan sedia bekerjasama dengan UMNO melalui pelbagai syarat yang mereka kenakan.

“Politikusnya dilihat bukan sahaja tidak berprinsip tetapi hanya sebagai seorang pelakon atau badut yang mempamerkan aksi lucu murahan mereka untuk menarik perhatian ramai.

“Mereka tiada idea baru sebaliknya sekadar mengulas dan meniru apa yang telah didahulukan oleh PAS perbahasan dan perbincangan mengenainya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin memberi contoh parti pembangkang lain mahu berkerjasama dengan UMNO walaupun dengan istilah berbeza berbanding Kerajaan Perpaduan (UG) seperti Konsensus Nasional, Save Malaysia dan sebagainya.


“Nyata hampir semua orang bercakap perlunya sebuah kerajaan yang berkonsepkan perpaduan ini dengan menggunakan istilah yang berbeza seperti konsensus nasional, Save Malaysia, Unity Government sementara dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau menjelaskan, PAS bagaimanapun mempunyai mekanisme tersendiri mahu menguruskan sesuatu isu yang timbul walaupun lambat kerana mengambil sikap berhati-hati dan proses selayaknya.

“Pastinya ada pro dan kontranya di situ, tetapi seringkali PAS tepat dalam langkah yang diambil,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori