Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Beradik Hidap Penyakit...

KUANTAN - Kehidupan tiga beradik berubah sekelip mata apabila mereka diserang penyakit saraf...

Hafizh Syahrin Mula Dari...

SAN MARINO (Itali) - Pelumba muda negara Hafizh Syahrin Abdullah hanya mampu mencatat...

Jika Rombak Kabinet Terdekat,...

SINDIR... Sekiranya berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat, ia boleh bawa kepada tafsiran...

Polis Tahan Tiga Suspek...

SEREMBAN - Polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita tempatan di sebuah rumah...

Pembantu Penguat Kuasa JPJ Didakwa Terima Suapan RM900

MELAKA – Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperoleh suapan RM900 daripada orang tengah sebuah sekolah memandu, pada tahun lepas.

Asbudi Ali, 43, yang bertugas di Unit Pengujian JPJ Melaka didakwa menerima suapan itu daripada Nur Farhana Abd Malek, orang tengah Institut Memandu Zapcity Sdn Bhd, sebagai dorongan memastikan empat pelajar sekolah berkenaan lulus ujian memandu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Merlimau, JB 1, Jalan Debunga, 77300 Merlimau, Jasin dekat sini pada pukul 12.35 tengah hari, 4 Mac tahun lepas.

Asbudi didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Hakim Amran Jantan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Feb depan untuk sebutan semula kes serta tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Fauzi Shadollah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori