Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hadi Sedia Ke Bukit...

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan pihaknya tidak mempunyai masalah dengan kenyataan pemimpin...

Elak Gosip, Adi Putra...

SETELAH beberapa kontroversi melanda, Adi Putra mengumumkan hasrat untuk mengundur diri dari dunia...

PAS Sedia Lawan Jika...

PUTRAJAYA – Pas melahirkan kesediaan untuk bertanding jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15...

‘Dua’ Gadis Dalam Gambar...

VIRAL di media sosial tatkala ini mengenai gambar 'dua' orang gadis yang satunya...

Pemerdagangan Manusia: 20 Wanita Kemboja, Indonesia Diselamatkan

SHAH ALAM – Seramai 20 wanita Kemboja dan Indonesia berusia 17 hingga 40 tahun, dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di sini, diselamatkan polis hari ini.

Polis juga menahan tujuh lelaki tempatan terdiri daripada pengurus premis dan enam pemandu serta seorang wanita Kemboja yang bertugas sebagai penyelia berumur antara 30 hingga 59 tahun, yang dipercayai anggota sindiket itu.

Penolong Pengarah Antipemerdagangan Orang & Antipenyeludupan Migran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ACP Maszely Minhad berkata kesemua 14 warga Kemboja dan enam warga Indonesia itu dikurung dalam sebuah bilik berukuran 1.86 meter x 3.72 meter di sebuah premis agensi pekerjaan.

“Mereka bekerja sebagai tukang cuci di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya.

“Melalui siasatan awal, mangsa mendakwa mereka tidak dibayar gaji antara enam hingga 10 bulan dan pasport disimpan oleh majikan selain gerak geri mereka dikawal,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini, Jumaat.

Mereka juga tidak dibenarkan keluar dari premis tanpa mendapat kebenaran daripada pengurus, katanya.


Serbuan itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari unit D7C Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Maszely berkata pihaknya akan memohon tempoh reman bagi anggota sindiket itu esok.

Kesemua mangsa pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 13 Antipmerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, katanya.

“Mereka akan ditempatkan di rumah-rumah perlindungan sekitar Lembah Klang dan polis akan memaklumkan perkara ini kepada kedutaan masing-masing,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori