Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 22...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai...

Sistem Telekomunikasi Di Kelantan...

KUALA KRAI - Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah meminta semua perkhidmatan sistem telekomunikasi...

Mia Perjelas Isu Tak...

AKTRES baharu Mia Ahmad menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya tidak hadir...

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut...

Jempol - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati terjerut pada tali...

Pemeriksaan Percuma Puspakom Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR – Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) menawarkan perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI) secara percuma kepada orang ramai mulai 17 hingga 29 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, pemeriksaan itu meliputi 25 peringkat pemeriksaan untuk semua pemilik kenderaan persendirian bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2016.

“Pemilik kenderaan boleh menghantar kenderaan masing-masing untuk diperiksa di semua cawangan Puspakom di seluruh negara kecuali di cawangan Shah Alam, Mak Mandin dan Kota Bharu.

“Kempen VVI secara percuma ini adalah sebahagian daripada inisiatif dan tanggungjawab korporat Puspakom dalam meningkatkan tahap kesedaran keselamatan kenderaan dalam kalangan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohammed Shukor berkata, inisiatif oleh Puspakom itu seiring dengan seruan kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang tinggi pada musim perayaan.

Menurutnya, pemeriksaan VVI merangkumi ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek dan suspensi.


Katanya, laporan melalui pemeriksaan VVI itu memudahkan pelanggan membuat penyelenggaraan dan pembaikan terhadap kenderaan mereka.

“Pelanggan boleh terus mengunjungi cawangan kami tanpa perlu menunggu dan membuat temujanji.

“Orang ramai boleh menjalani VVI secara percuma dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari,” katanya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau melayari laman web www.puspakom.com.my. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori