SEORANG pemuda yang risaukan mengenai bapanya yang kerap mengunjungi rumah pelacuran, telah mengambil langkah untuk menyekat perbuatan tidak bermoral bapanya itu dengan menyamar sebagai anggota polis.
Guo, 21, dan berasal dari Jiangsu itu, turut membeli replika seragam penuh pasukan SWAT melalui internet dan meronda di jalan terbabit.
Selain seragam, dia turut membawa gari mainan, baton elektrik palsu dan pistol plastik.
Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mendapat idea berkenaan selepas mendapati bapanya kerap mendapatkan khidmat pelacur.
Dengan berbuat demikian, pelacur takut untuk menawarkan perkhidmatan dan bapanya pula tidak berani menghampiri kawasan pelacuran berkenaan.
Namun Guo telah ditangkap oleh polis selepas seorang lelaki membuat aduan bahawa tindakan Guo yang berkawal di situ serta membawa baton elektrik telah menakutkan anjingnya. – MYNEWSHUB.CC