Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Thailand Tahan 7...

BANGKOK: Polis Thailand menahan tujuh lelaki atas kesalahan memperdagangkan warga tempatan untuk aktiviti...

82 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara naik 82 kes hari ini,...

TLDM Pintas Lima Pendatang...

SANDAKAN - Lima pendatang asing tanpa izin ditahan di perairan Laut Sulu dalam...

Papan Tanda PN Disimbah...

KULAI : Dua papan tanda parti Perikatan Nasional (PN) masing-masing di bulatan Taman...

Pemuda PAS Puji Keberanian Nasrudin Lawan DAP!

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS, memuji ketegasan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan Tantawi dalam berhadapan saman fitnah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Nasrudin telah bertindak tegas dengan tidak memohon maaf dan menarik balik artikelnya yang mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun 2014.

“Tahniah saya ucapkan kepada Nasrudin di atas ketegasan mempertahankan artikelnya yang telah mengherat beliau ke mahkamah berhadapan saman oleh Guan Eng.

“Semoga YB ustaz terus memimpin umat mendaulatkan Islam di negara tercinta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng hari ini membuat tawaran sebanyak dua kali kepada Ketua Penerangan PAS supaya kes saman fitnah membabitkan isu “Penang Tunnel” tidak diteruskan di mahkamah.

Tawaran pertama, kes diselesaikan di luar mahkamah dengan permohonan maaf oleh Nasrudin dan penarikan balik artikel berkenaan tetapi Nasrudin enggan memohon maaf.


Tawaran kedua oleh Guan Eng supaya kes diselesaikan di luar mahkamah diterima oleh Nasrudin kerana tidak perlu memohon maaf dan menarik balik artikel berkenaan.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini mahu menyaman Nasrudin kerana mendakwa pemimpin PAS itu memfitnah beliau berhubung isu projek terowong dasar laut dilakukan secara rundingan terus.

Bagaimanapun, beliau membuat keputusan untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah atas sebab-sebab tertentu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]nVfDbhQK_2Y[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori