Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Penaja Pasukan Bola Sepak...

SEREMBAN - Seorang penaja pasukan bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan...

Briged Ke-31 Infantri Sasar...

KUCHING - Briged Ke-31 Infantri Malaysia ke arah sasaran sifar anggota dengan berat...

Arab Saudi Anjur Maraton...

RIYADH - Arab Saudi menganjurkan maraton pertama untuk wanita hujung minggu ini, lapor...

Mekanik Didakwa Di Mahkamah...

KUALA TERENGGANU - Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Penambahbaikan KADS1M Diumum Mac, Naik Taraf Jadi Kad Debit

PUTRAJAYA – Penambahbaikan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) akan diumum Mac ini antaranya dinaik taraf menjadi kad debit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Penglibatan rakan dagang kad siswa itu juga akan ditingkatkan dari 402 syarikat sekarang, katanya.

“Kad diskaun dinaik taraf sebagai kad debit tentunya boleh memberi lebih manfaat kepada mahasiswa dan boleh digunakan dengan lebih meluas,” katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna dan persatuan peniaga di kementeriannya di sini hari ini.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian bagi tempoh melebihi setahun sejak 2012 untuk mengurangkan kos sara hidup pelajar.

Mengenai pertemuan itu, Hamzah berkata ia memberi peluang kepada NGO pengguna dan wakil persatuan serta dewan perniagaan, berkongsi pandangan mengenai isu kos sara hidup, dengan kementerian menjadi perantara dalam mewujudkan keseimbangan kepentingan antara pengguna dan peniaga.


“Kita gabungkan mereka ini supaya masing-masing tahu, dan tugas kementerian ialah menyeimbangkan saranan kedua-dua pihak agar dapat sama-sama memainkan lebih peranan dalam meringankan masalah pengguna dan pada masa sama, kepentingan peniaga turut diambil kira,” katanya.

Seramai 354 wakil NGO pengguna, persatuan peniaga dan dewan perniagaan hadir pada sesi pertemuan itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]dcFw7ZUTeJ8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori