Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dituduh Punca Virus Tersingkir,...

SUSULAN penyingkiran kumpulan Virus dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) Jumaat lalu hingga...

Suami ‘Meroyan’ Tetak Isteri...

HANYA kerana cemburu, seorang lelaki bertindak menetak isteri selain anaknya yang berusia 18 tahun...

Suhu Bumi Dijangka Naik...

LONDON: Dunia kini berada di landasan untuk kepanasan ekstrem apabila suhu bumi dijangka...

Hospital UiTM Puncak Alam...

PUNCAK ALAM - Hospital Pengajar Univerisiti (HPU) Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam...

Pendaki Solo Perlu Dana Untuk Jayakan Misi

TAIPING – Pendaki solo Khairil Aslan Ab Rasid mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak untuk merealisasikan impiannya mendaki tujuh puncak di tujuh benua dalam tempoh setahun mulai bulan depan.

Khairil Aslan, 40, berkata perbelanjaan yang diperlukan untuk menjayakan misi mencabar itu mencecah jutaan Ringgit.

“Saya bersyukur dengan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dan telah menyatakan sedia untuk mmbantu misi saya kali ini,” katanya selepas mengunjungi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Datuk Abdul Rahim Md Ariff di sini, pada Jumaat.

Tujuh puncak di tujuh benua yang akan didaki Khairil Aslan adalah Aconcagua Argentina di Benua Amerika Selatan; Everest di Asia, Denali di Alaska, Vinsson Massif di Antartika, Kilimanjaro di Afrika, Elbrus Russia di Eropah dan Cartenz Pyramid di Australasia.


Sementara itu, Abdul Rahim berkata pihaknya bersedia untuk memberikan sokongan moral terhadap anak jati Perak itu khusus dalam membantu mempromosikan aktiviti pendakiannya.

“Kita menyeru dan menggalakkan pihak korporat dan swasta membantu untuk merealisasikan cita-cita Khairil Aslan menjadi pendaki terpantas tujuh puncak di tujuh benua tahun ini, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]yaE1i8rpRRc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori