Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jaguh Ski Air Singapura...

PUTRAJAYA – Peningkatan ketara prestasi ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah baru-baru...

Duta Malaysia Kunjungi Timbalan...

BANGKOK – Duta Malaysia di Thailand Datuk Jojie Samuel hari ini mengunjungi Timbalan...

Kartunis Zunar Sindir Kerajaan...

KUALA LUMPUR – Isu tulisan khat yang dijadual diperkenalkan di semua sekolah kebangsaan...

Kerajaan Perlu Sedia Hadapi...

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menggesa kerajaan menyiapkan pelbagai langkah...

Pendidikan Bolehkan Anak Petani & Nelayan Kecapi Kehidupan Lebih Baik

KUCHING – Kesedaran diri dan ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan serta peluang yang diwujudkan kerajaan telah membolehkan ramai anak petani, nelayan dan buruh mengecapi kehidupan yang lebih baik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata kedudukan ekonomi sesebuah keluarga bukan penghalang untuk seseorang mengejar kejayaan asalnya memiliki keazaman untuk berusaha dalam pelajaran mahupun bidang yang diceburi.

Beliau berucap pada majlis makan malam dan anugerah kecemerlangan sekolah di daerah Simunjan di sini Sabtu malam.

Nancy mengajak ibu bapa dan guru untuk bekerjasama mempersiapkan anak dan genarasi muda di Batang Sadong ke arah masa depan yang lebih terjamin agar dapat menjadi modal insan yang berupaya membawa lebih banyak kemajuan kepada kawasan mereka.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong berkata beliau akan terus menyokong program bersifat memperkasa dan memantapkan ilmu pengetahuan di kawasan pilihan raya beliau termasuk menyalurkan peruntukan.

Sepanjang tahun lalu, Nancy berkata beliau menyalurkan RM621,550 peruntukan di Simunjan untuk program motivasi, kem kecemerlangan UPSR, program motivasi keibubapaan serta aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Bagi pembangunan infrastruktur pula, sebanyak RM3.4 juta dibelanjakan dari Januari hingga Oktober tahun lalu di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR),” katanya.


Nancy berjanji beliau akan membawa masalah bangunan sekolah dan kuarters guru yang usang di SK Lubuh Pungggor/Gumpey, Simunjan kepada perhatian Kementerian Pelajaran untuk tindakan segera.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan pada majlis yang sama menggesa supaya Kementerian Pelajaran mempergiatkan usaha membangunkan infrastruktur pendidikan di Sarawak khusus di kawasan beliau.

Katanya masih banyak bangunan sekolah dan kuarters guru yang usang di sekolah di luar bandar Sarawak yang perlu segera dibaik pulih.

“Selepas lebih 50 tahun negara kita merdeka sepatutnya sudah tidak ada lagi wujud bangunan sekolah dan kuarters guru yang usang,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori