Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KKM Nafi Keluar Surat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan surat kebenaran pengedaran...

Persiapan TH Madinah Masuki...

MADINAH - Pasukan Petugas Tabung Haji (TH) Madinah kini dalam fasa terakhir persiapan...

10 Undang-Undang British Yang...

MUNGKIN kedengaran agak tak masuk akal, tapi ini merupakan di antara undang-undang lama...

Gadis Dirogol Sambil Kakaknya...

MENGEJUTKAN... Seorang budak perempuan berusia 13 tahun telah dirogol oleh seorang remaja lelaki...

Penganggur Dipenjara 4 Bulan Curi Pembesar Suara

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri pembesar suara di sebuah rumah, seorang penganggur dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman tersebut ke atas V. Sivakumar, 45, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri dua pembesar suara jenama Mission milik Chew Chong Key, 54, seorang pengedar makanan tambahan yang berharga RM5,000, dua tahun lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Dia bersama-sama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu di C-10-3, Tiara Faber Condo, Taman Desa, Brickfields, di sini pada 11.45 pagi, 3 Mac 2014 mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang baharu seminggu menyewa di sebuah bilik di rumah mangsa telah mencuri dua buah pembesar suara itu.


Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori