Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Berlaku Kacau...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan berita kononnya akan berlaku kacau-bilau perkauman pada Sabtu...

Johor Bakal Miliki Stadium...

KUALA LUMPUR - Johor akan mempunyai sebuah stadium setaraf Stadium Signal Induna Park...

Aktiviti Ziarah Hanya Pada...

HANYA 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta...

Sisa Toksik: Hospital Nafi...

JOHOR BAHRU - Kenyataan mengenai pengisytiharan amaran 'red alert' yang tular di laman Facebook...

Pengeluaran Pasport Baharu Anak Zahnita Dorothy Ikut SOP

PUTRAJAYA – Pengeluaran pasport gantian bagi dua anak pelakon dan model, Zahnita Dorothy Hussien Wilson, 30; adalah jelas mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata, semua dokumen diperlukan semasa membuat permohonan gantian pasport Zahrafeena Abd. Zackery dan Zasharayna Abd. Zackery adalah lengkap dan teratur.

Menurutnya, Imigresen mengeluarkan pasport gantian kepada Zahrafeena dan Zasharayna pada 26 November 2015 berdasarkan laporan oleh Abd. Zackery Ghouse Abd. Gafoor iaitu bapa kandung Zahrafeena dan Zasharayna.

“Abd. Zackery Ghouse turut kemuka laporan polis dibuat pada 17 November 2015 di Balai Polis Bukit Jelutong tentang kehilangan pasport dua anak beliau ini masa pindah rumah serta dokumen-dokumen lain yang diperlukan untuk proses permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa.

“Setelah pasport baharu dikeluarkan maka pasport lama secara automatik telah dibatalkan di dalam sistem SOP pihak Imigresen dan tidak boleh digunakan lagi,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.


Baca: Zahnita Terkejut Anak Dibawa Ke Thailand Tanpa Pengetahuannya

Media melaporkan Zahnita Dorothy terkejut apabila dapat tahu suaminya bawa anak-anak mereka bercuti ke Thailand awal Disember lalu tanpa pengetahuannya, walhal pasport dua anaknya berada dalam simpanannya.

Zahnita pada sidang media di pejabat sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendedahkan, anak-anaknya mengikut suaminya, Abd Zackery Ghouse ke Thailand pada 2 Disember lalu dan pulang seminggu kemudian.

“Namun yang menjadi persoalan, bagaimana suami boleh berikan pasport baru untuk anak sedangkan pasport lama mereka masih sah tempoh sehingga Mei 2019 dan berada dalam simpanan saya,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori