Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dulu Menteri Pertahanan, Kini...

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu...

Polis Tahan 3 Remaja...

ALOR SETAR - Polis menahan tiga remaja lelaki yang cuba meragut seorang lelaki...

Kena Belasah 1-4: Hamidin...

KERAPKALI rasa menyampah membaca berita 'orang kuat' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tukang...

Kumpulan Kedua IMARET Berlepas...

SEPANG — Kumpulan kedua sukarelawan Pasukan Tindakan dan Kebajikan Persatuan Perubatan Islam Malaysia...

Pengubahsuaian Bajet 2016 Perlu Untuk Optimum Perbelanjaan

GEORGETOWN – Pengubahsuaian Bajet 2016 sememangnya wajar dalam usaha kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan bagi menghadapi keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pengubahsuaian ini memang diperlukan kerana Bajet 2016 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas adalah berdasarkan pada harga minyak purata US$48 setong.

Menurutnya, kini harga minyak telah turun sehingga US$33 setong dan sudah pastinya kerajaan perlu melihat kembali Belanjawan yang dibentangkan tahun lepas bagi mengoptimumkan perbelanjaan.

“Tindakan ini adalah tepat dalam mengimbangi perbelanjaan negara memandangkan pendekatan untuk memotong perbelanjaan kerajaan dilihat kurang sesuai kerana akan memberikan kesan lain termasuk boleh membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini.

Antara pengubahsuaian yang dicadangkan termasuklah mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.


Sementara itu, Mustapa turut menggesa rakyat Malaysia supaya bersikap lebih objektif dan adil dalam membuat penilaian mengenai TPPA.

Menurutnya, kerajaan akan menyediakan satu teks ringkasan TPPA dalam Bahasa Malaysia untuk diedarkan kepada semua ahli Parlimen pada Selasa depan sebelum diedarkan kepada umum dan satu booklet bertajuk “TPPA Made Simple” dalam bahasa yang mudah juga akan dilancarkan dalam masa terdekat.

“Inilah usaha-usaha kerajaan untuk menyalurkan maklumat yang lebih tepat tentang TPPA supaya ia lebih mudah difahami oleh masyarakat,” katanya.

Rundingan TPPA melibatkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam, yang ketika ini menyumbang hampir 40 peratus kepada KDNK dunia dan satu pertiga daripada perdagangan global. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]CHDuLVquQFE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori