Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ketua Menteri Tamil Nadu...

NEW DELHI - Ketua Menteri Tamil Nadu J. Jayalalithaa meninggal dunia malam Isnin,...

Tempoh 50 Tahun Konsesi...

KUALA LUMPUR – Tempoh 50 tahun perjanjian konsesi Lebuh Raya Pantai Barat (WCE)...

Mayat Budak Lelaki Dalam...

MADRID - Polis Sepanyol menemui mayat budak lelaki berusia lapan tahun dalam bonet...

Ekonomi Malaysia Dijangka Pulih...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 6.0 peratus dan 7.5 peratus...

Peniaga Kerugian RM20,000 Barang Kemas Dilarikan Wanita

MARANG – Seorang peniaga kedai emas kerugian kira-kira RM 20,000 selepas satu dulang barangan kemas di premisnya di Bukit Payung di sini dilarikan seorang wanita, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Suhaimi Ali berkata kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 hingga 5 petang semasa peniaga berkenaan dan isterinya menunaikan solat Asar selepas pintu jeriji besi premis berkenaan dikunci.

Bagaimanapun, katanya sebaik selesai menunaikan solat, pasangan berkenaan mendapati sedulang barangan kemas yang ditempatkan di ruang pameran kedai mereka telah lesap.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati seorang wanita telah melarikan barangan kemas berkenaan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


“Gerakan memburu wanita yang berusia sekitar 30-an itu sedang giat dijalankan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori