Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Unit Anjing, Bot Kesan...

KUALA LUMPUR - Kaedah pemantauan menggunakan bot dan anjing pengesan digunakan dalam operasi...

Rakam Wanita Bogel Guna...

SEORANG anggota polis yang obses dengan seks telah dipenjarakan setahun selepas merakamkan sepasang...

Rambut Wanita Beku Akibat...

DES MOINES - Seorang wanita berkongsi klip rakaman video di laman sosial Twitter...

Menangis, Terkencing Dicekup Berkhalwat...

KULAI : Menangis dan terkencing. Itulah antara reaksi yang dapat disaksikan oleh pasangan...

Penjawat Awam Bertanggungjawab Tingkatkan Intergriti

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan kesedaran integriti di kalangan penjawat awam bukan terletak pada kerajaan semata-mata, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap individu di semua peringkat jabatan atau agensi kerajaan, kata seorang ahli akademik.

Pensyarah Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan, Pusat Pengajian Pemasaran dan Keusahawanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA Puncak Alam, Azmi Mat berkata meskipun kini terdapat perubahan positif pada tahap kesedaran antirasuah di kalangan penjawat awam berbanding sedekad lepas, masih terdapat ruang untuk diperbaiki bagi mempertingkat imej penjawat awam di negara ini.

“Trend perubahan ke arah pembudayaan integriti dan antirasuah di kalangan penjawat awam bermula pada 2009. Ini dapat dilihat melalui penurunan jumlah tangkapan penjawat awam berbanding tangkapan ke atas kakitangan sektor swasta dan orang awam,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes-kes salah laku rasuah oleh penjawat awam juga menunjukkan penurunan.

Menurut portal rasmi SPRM, statistik data pesalah rasuah melibatkan penjawat awam adalah 71 orang pada tahun lepas, menurun daripada 86 orang pada 2014.

Mengulas lanjut, Azmi berkata integriti meliputi seluruh aspek kehidupan setiap individu termasuk ketepatan masa operas serta memenuhi janji piagam pelanggan yang menjadi sebahagian daripada pengamalan integriti.

Bagi individu atau penjawat awam yang dipertanggungjawabkan memegang sesuatu amanah, integriti merujuk kepada tindakan melaksanakan amanah dan kuasa berlandaskan kepentingan umum.

“Penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri mahupun keluarga. Sekiranya berlaku konfik kepentingan, mereka harus memberi keutamaan kepada kepentingan awam dan mereka perlu bersifat telus dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.

Beliau mengambil contoh penangkapan dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, baru-baru ini, yang didakwa atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM8,500 daripada seorang pelombong haram bauksit untuk memberi perlindungan kepada pelombong berkenaan.


Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan, atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

“Penangkapan mereka yang terlibat adalah antara bukti komitmen tinggi kerajaan dalam membanteras jenayah rasuah dalam masyarakat dan penjawat awam,” tegasnya.

Bersetuju bahawa undang-undang sedia ada mencukupi untuk mengekang salah guna kuasa penjawat awam, Azmi bagaimanapun berpendapat penguatkuasaan yang lemah menyebabkan masalah rasuah dan integriti di kalangan mereka sukar dibanteras sepenuhnya.

Untuk itu, beliau berkata kerajaan perlu lebih tegas dalam memberi hukuman atau tindakan punitif kepada pesalah laku rasuah selain masyarakat pula perlu lebih berani tampil membuat aduan terhadap pesalah laku rasuah.

“Contohnya, penguatkuasaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 memberi impak yang positif apabila lebih ramai orang awam berani tampil memberi maklumat berkaitan pesalah laku rasuah. Hasilnya, ramai pesalah rasuah dihadapkan ke muka pengadilan.

“Selain itu, kesedaran masyarakat perlu dipertingkat bagi membantu usaha membanteras jenayah rasuah daripada peringkat akar umbi. Apabila masyarakat sedar bahaya jenayah rasuah dan kesannya terhadap negara, mereka akan lebih yakin dan bersedia untuk tampil memberi maklumat serta membuat aduan kepada pihak berwajib,” katanya.

Menurut Azmi, penubuhan unit integriti di agensi awam yang berkuatkuasa 1 Ogos 2013 adalah antara transformasi positif yang mampu mengukuhkan prinsip integriti di samping membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori