Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

RM482 Juta Kerugian Penipuan...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 14,140 kes jenayah dalam talian membabitkan...

Musixmatch – Memudahkan Anda...

Adakalanya ketika sedang mendengar lagu pada Spotify, anda ingin mengetahui lirik lagu yang...

MISTERI… DJ Dijumpai Lepas...

PELIK campur misteri. Seorang DJ sambilan yang dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu ketika...

Amaran Hujan Lebat Di...

KUALA LUMPUR - Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dijangka mengalami hujan lebat selama...

Penting Miliki Peraturan Sesuai Jimat Air – AWER

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memiliki peraturan yang sesuai untuk menjimat air menerusi pelaksanaan piawaian kecekapan penggunaan air minimum kepada rakyat, kata Presiden Persatuan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran.

Beliau berkata peraturan sedemikian boleh meningkat kesedaran tentang kepentingan air dalam kalangan orang ramai.

“Satu cara kerajaan boleh lakukan ialah dengan memiliki piawaian kecekapan air minimum yang boleh menghalang jualan produk bukan air tidak cekap di pasaran seperti menjual mesin basuh yang mempunyai had banyak mana air boleh digunakan untuk membasuh pakaian.

“Ini boleh mengurangkan penggunaan air sebanyak 300 liter sehari kepada mungkin 150 liter, yang ini adalah kaedah baik untuk menjimat air,” katanya kepada Bernama.

Piarapakaran diminta mengulas laporan bahawa rakyat Malaysia menggunakan lebih banyak air berbanding rakyat kebanyakan negara lain.

Namun beliau berkata bukan semua rakyat Malaysia membazir air dan ramai yang sedar tentang kepentingan air.

Ditanya sama ada peraturan perlu dilaksana oleh majlis kerajaan tempatan untuk mengehad penggunaan hos air di rumah, yang menjadi penyumbang utama pembaziran air, Piarapakaran berkata menguatkuasakannya tidak mudah diterima orang ramai.


Beliau turut mempersoalkan langkah kementerian tenaga, teknologi hijau dan air yang tidak memasukkan pekerja asing ketika mengeluarkan kenyataan mengenai pembaziran air di negara ini.

“Terdapat kebanjiran pekerja asing di negara ini dan mereka tinggal dengan jumlah yang banyak dalam sebuah rumah apabila mereka mandi, menggunakan tandas, memasak dan membasuh pakaian.

“Bila diambil kira, penggunaan air mungkin rendah, tetapi dengan jumlah mereka yang banyak, boleh dijangkakan penggunaan air adalah tinggi,” katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang, Dr Chan Ngai Weng menyambut baik langkah untuk mengehad penggunaan hos air. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori