Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Tiba Di...

BEIJING - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri...

60 Individu Ditahan Terbabit...

KUALA LUMPUR - Sejak Ops Soga dilaksanakan pada 1 Jun lepas, kira-kira 60...

Lagi Pakej Kapsul Iklan...

HANYA dengan RM50 ribu, iklan jenama anda akan bersiaran sebanyak 250 putaran. Semuanya...

Ekspo Muafakat Kedah Bakal...

ALOR SETAR - Ekspo Muafakat Kedah yang dikunjungi lebih 500,000 orang pada edisi...

Penumpang Cerita Detik Cemas Feri Langgar Tongkang

SEMPORNA – Masih trauma dan tidak mahu menaiki feri lagi adalah antara luahan dikongsi penumpang feri ‘MV Zuhairi Port Kelang’ yang karam selepas terlanggar sebuah tongkang di kawasan satu kilometer dari pesisir pantai Semporna, malam tadi.

Menceritakan detik cemas itu, Darwisha Desiato Ayub, 47, berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, kesemua penumpang feri agak panik malah ada penumpang berteriak ‘ada tongkang’ di hadapan.

“Mungkin kapten kapal tidak mendengar jeritan penumpang lalu melanggar tongkang itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Darwisha yang baru saja menyelesaikan urusan Imigresen di Filipina itu memaklumkan bahawa feri berkenaan membawa penumpang berlebihan.

“Sepatutnya feri bertolak awal tetapi sebab ramai penumpang yang ingin pulang namun feri bertolak lewat kira-kira pukul 2 petang dari Bongao,” katanya.

Feri yang mengangkut 160 penumpang iaitu 50 orang warga Malaysia dan 110 warga Filipina dari Bongau, Kepulauan Tawi-Tawi, Selatan Filipina dilaporkan berlanggar dengan sebuah tongkang kosong yang tidak memasang lampu.

Turut terlibat, 10 penumpang kanak-kanak manakala 24 penumpang yang cedera akibat kejadian itu menerima rawatan di Hospital Semporna.

Sementara itu, Nordiana Ayub berkata beliau berada dalam keadaan trauma dengan kejadian itu dan tidak mahu menaiki feri lagi.


Penumpang berusia 23 tahun itu cedera di tangan kiri dan kini dirawat di Hospital Semporna sebagai pesakit luar.

Norain Abd Naip, 39, yang lebam di muka pula melahirkan rasa syukur kerana tiada kejadian buruk menimpa dirinya serta penumpang lain susulan bantuan pantas dihulurkan pelbagai agensi keselamatan negara ketika kejadian.

Anggota Dewan Undangan Negeri Senalang Datuk Seri Nasir Sakaran bersyukur apabila semua penumpang feri ‘MV Zuhairi’ itu selamat dan meminta semua pengusaha termasuk kapal serta bot agar mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelak insiden demikian berulang.

“Kejadian berlaku sewaktu malam dan saya difahamkan tongkang itu tidak memasang lampu hingga mengakibatkan kemalangan. Aspek keselamatan seperti memasang lampu perlu diutamakan, jangan ambil ringan,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Feri

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori