Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Komited Untuk Laksana...

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,050 kepada...

7 Terbunuh Serang Hendap...

MANILA - Enam anggota polis dan seorang penduduk tempatan terbunuh dalam dua serang...

15.08.1511 Kisah Tersirat Melaka...

TARIKH 15 Ogos 1511 ialah hari kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka genap 507...

PM Lulus Peruntukan Segera...

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM50 juta untuk Johor susulan bencana banjir...

Perjanjian Pakatan Harapan Tidak Jejas PAS – Hadi

KUALA SELANGOR – Kedudukan PAS tidak tergugat dengan pemeteraian perjanjian Pakatan Harapan, gabungan kerjasama parti pembangkang DAP, PKR dan Amanah (Parti Amanah Negara) semalam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pihaknya melihat perkara itu sebagai perkara biasa dalam senario politik negara.

“Kita (PAS) lihat perkara ini sebagai perkara biasa dalam politik tanah air. Pakatan bukan baru di negara ini, Pakatan Harapan dan pakatan macam macam wujud di negara ini sejak 60 tahun lepas.

“Ada yang rebah, ada yang mati, ada yang rebah tak bangun-bangun. Kita terus bangun dan bangkit. PAS makin hari makin kuat,” katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan majlis Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini.

Pimpinan utama Pakatan Harapan semalam secara rasminya menandatangani perjanjian yang mengikat kesatuan ketiga-tiga parti dalam gabungan berkenaan.

Perjanjian itu ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Amanah Mohamad Sabu; dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Dalam pada itu, pada sidang media yang sama, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad mengakui PAS melihat sebagai ancaman cadangan DAP meletakkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang disandang PAS.

“Oleh itu, DAP juga adalah satu ancaman kepada PAS seperti mana Barisan Nasional (BN) sekarang,” kata Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dilapor berkata parti itu sudah bersiap sedia untuk bertanding di lapan kerusi DUN yang disandang PAS di Selangor, namun perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor.

Menurut Iskandar, PAS bercadang bertanding di 25 kerusi DUN Selangor pada PRU14 berbanding 20 pada PRU lepas.

Pada PRU13, PAS memenangi 15 kerusi DUN sebelum dua wakil rakyatnya keluar parti untuk menyertai Parti Amanah menjadikan komposisi kerusi PAS kini 13 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN Selangor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori