Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Azmin, Penyokong Sertai GERAKAN?

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai masa depan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed...

Kastam Cari Tertuduh Kes...

KUANTAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu...

KJ Dilantik Ahli Lembaga...

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ sah...

270 Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak kekal seramai 270 orang setakat pukul...

Perniagaan Online Berdaftar Elak Kes Pengguna Ditipu

SUDAH banyak berlaku insiden di mana ramai pelanggan tertipu apabila berurusniaga dengan perniagaan atas talian atau online.

Perkara ini terjadi disebabkan ramai peniaga online mengambil kesempatan tidak mendaftar perniagaan mereka secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga menyebabkan pelanggan mudah ditipu dengan taktik peniagaan mereka.

Justeru bagi mengelakkan pembeli dan pelanggan tertipu, sesebuah perniagaan seharusnya berdaftar dengan SSM bagi membolehkan maklumat mengenai urus niaga yang dijalankan mempunyai rekod apabila timbul perkara berbangkit.

Ketika tinjauan dilakukan di karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) SSM di Plaza Alam Sentral, Mynewshub mendapatkan pandangan beberapa peniaga mengenai perkara ini.

syahril
Pengusaha food truck Nasi Kandar Kaw, Syahril A. Kadir.

Menurut pengusaha perniagaan ‘food truck’ Nasi Kandar Kaw, Syahril A.Kadir, peraturan mendaftarkan perniagaan tidak harus dirasakan satu beban buat peniaga kerana ia memberikan banyak kelebihan buat mereka, selain bertujuan menjaga kepentingan pengguna.

“Setiap perkara di dunia ini ada peraturannya yang tersendiri, begitu juga perniagaan. Kita (peniaga) hanya bayar sejumlah wang dalam masa setahun, itu sahaja.

“Kita tengok banyak penipuan berlaku kepada pelanggan apabila pengusaha online tidak mendaftar dengan SSM. Kalau kerajaan tidak ada database (maklumat terperinci) macam mana nak bertindak terhadap peniaga yang melakukan kesalahan,” ujarnya.

Karnival One SSM Diserbu, Pengunjung Melebihi Sasaran

atiyah
Pengusaha online Official Hijab by Aty, Wan Noor Atiyah Wan Mohd Zaini.

Wan Noor Atiyah Wan Mohd Zaini, pengusaha jenama tudung online Official Hijab by Aty pula beranggapan kebanyakan peniaga atas talian mungkin tidak mendaftar kerana berasakan prosesnya sesuatu yang melecehkan.

“Saya tak berasa terbeban dengan pendaftaran SSM sebaliknya saya rasa selamat selepas mendaftarkan perniagaan. Saya rasa kebanyakan peniaga masih tidak berdaftar dengan alasan mereka tiada masa,” katanya yang menjalankan perniagaan menjual tudung dan busana muslimah sejak beberapa tahun lalu.

 


imuda
Pelakon dan pelukis Imuda menjual karya terbarunya di tapak jualan di Karnival One SSM Shah Alam.

Dalam pada itu pelakon dan pelukis, Imuda atau Abdul Rahim Muda berpendapat karnival One SSM anjuran SSM berjaya memberikan pendedahan yang baik kepada pengusaha online yang bercita-cita mahu bergelar usahawan berjaya.

Antaranya menerusi pengisian program berupa taklimat perniagaan sepanjang karnival tiga hari itu berlangsung termasuk oleh pelakon Fizo Omar yang berkongsi tips kejayaan dan keberkesanan perniagaan online serta perkongsian pendapat oleh wakil Multimedia Development Corporation (MDEC), Wan Nong Muzaffar.

Pelakon siri sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu menambah, karnival tersebut mampu memberikan manfaat dan input berguna sementelah diadakan sesi soal jawab dan taklimat dengan pengusaha-pengusaha online yang berjaya mencipta empayar mereka sendiri.

“Karnival ini mengumpulkan pengusaha-pengusaha online berjaya yang memberikan pendedahan, pedoman serta cara-cara perniagaan secara online dijalankan.

“Menerusi karnival ini juga, pengusaha online berpeluang bertemu muka dengan pelanggan yang selama ini hanya berurusan dengan mereka di atas talian sahaja,” katanya yang membuka gerai jualan dua komik terbaharu karyanya berjudul Ateee dan Hero Sri Wangi.

Karnival One SSM yang diadakan bermula Jumaat hingga Ahad lalu berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung dalam usaha SSM memberi kesedaran kepada peniaga dan pelanggan mengenai kepentingan mendaftarkan perniagaan dengan pihak berwajib.

Sehingga kini, sebanyak 30,000 perniagaan dalam talian telah didaftarkan di bawah SSM dalam tempoh 2012 sehingga semalam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori